[UPDATE – Tabung Bencana Banjir ALEPS]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Seperti yang semua sedia maklum, bermula pada hari Jumaat minggu yang lepas, negara kita telah menerima hujan lebat yang luar biasa dan telah mengakibatkan berlaku banjir diantara yang terburuk pernah terjadi sejak beberapa tahun yang lepas.
*1. Maklumat ahli yang terjejas*
Difahamkan ada dikalangan ahli-ahli ALEPS yang terkesan dan menjadi mangsa banjir dari bencana yang telah berlaku ini. Dan sehingga hari ini, kami masih cuba mengumpul maklumat ahli-ahli ALEPS yang terlibat.
Bagi tujuan ini, saya mewakili exco memohon tuan / puan untuk memanjangkan post ini kepada ahli-ahli yang tuan / puan tahu mereka terkesan akibat banjir untuk mereka isi borang seperti link dibawah, atau tuan / puan boleh juga isikan bagi pihak mereka.
*2. Tabung Bencana Banjir ALEPS*
Tabung Bencana Banjir ALEPS masih terus dibuka dan sumbangan ikhlas tuan / puan boleh disalurkan ke akaun khas tabung ALEPS seperti tertera di bawah.
Sumbangan tuan / puan mudah-mudahan sedikit sebanyak akan dapat membantu ahli-ahli terlibat dalam proses pemulihan kediaman, harta benda, kenderaan yang telah terjejas dan musnah akibat banjir ini.
* Bank: RHB Bank (telah dikhaskan bagi tujuan Tabung ALEPS)
* No akaun: 21205900256610
* Nama akaun: PERSATUAN ALUMNI DASAR PANDANG KE TIMUR
Bagi syarikat / badan korporat yang ingin menyumbang, boleh terus menghubungi exco dibawah.
Sama-sama kita doakan kepada semua mangsa yang terkesan, sukarelawan dan semua yang membantu agar dipermudahkan segala urusan.
Dan kepada para semua penyumbang yang dermawan, moga Allah gantikan rezeki tuan / puan yang dikongsi bersama ini dengan ganjaran yang lebih baik dan melimpah ruah.
Disertakan gambar-gambar kediaman dan harta benda sebahagian ahli-ahli ALEPS yang telah terjejas akibat banjir di sekitar Shah Alam, Sepang, Dengkil dan Hulu Langat.
Terima kasih,
Exco ALEPS
Call/WA: 013-3377217

Other Topics

Announcements

Ohayou Gozaimasu SPM Leavers!

Ohayou Gozaimasu SPM 2021 Leavers! Anda kini boleh melihat senarai berikut untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun. ALEPS telah menyiapkan senarai Institusi-institusi yang

Read More »

Ohayou Gozaimasu SPM Leavers!

Ohayou Gozaimasu SPM 2021 Leavers! Anda kini boleh melihat senarai berikut untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun. ALEPS telah menyiapkan senarai Institusi-institusi yang menawarkan peluang ini. …

Read More →

SEMINAR 101 GUIDE TO JAPANESE EDUCATION PROGRAMME IN MALAYSIA AND JAPAN

2nd ALEPS JAPANESE EDUCATION ONLINE SEMINAR – 9 APRIL 2022 ●ALEPS (Alumni Dasar Pandang ke Timur) dengan kerjasama JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam), Kedutaan Jepun di …

Read More →

Official Meeting with Former Prime Minister of Japan HE Shinzo Abe

[12 March 2022] ALEPS was invited for an Official Meeting with Former Prime Minister of Japan HE Shinzo Abe at The Intercontinental Hotel in conjunction …

Read More →

Leave a Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top