AHLI-AHLI ALEPS YANG DIHORMATI,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ALEPS KE-33
- Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung ALEPS ke-33 akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:
Tarikh : 04 Disember 2021 ( Sabtu )
Masa : 11.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Secara dalam talian (online)
- Sehubungan dengan ini, semua ahli ALEPS adalah dijemput untuk mendaftar awal secara dalam talian di http://us02web.zoom.us/meeting/register/tZEkcu-srTIsHdyXJdCnfquLLZtVja8HhQRW , kata laluan akan diberi kepada ahli yang telah berdaftar untuk bersama dalam mesyuarat agung Untuk makluman, nama setiap pendaftaran apabila bersama-sama semasa mesyuarat nanti akan disenaraikan oleh ajk bertugas untuk diserahkan kepada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bersama minit mesyuarat nanti.
- Disertakan juga borang usul untuk perhatian ahli. Sebarang usul bertulis yang ingin dibawa ke Mesyuarat Agung kali ini hendaklah sampai ke Sekreteriat ALEPS selewat-lewatnya pada 01 Disember 2021.
- Kerjasama Dato’ / Datin / Tuan / Puan bersama dalam mesyuarat ini amat diharapkan untuk menjayakan perjalanan Mesyuarat Agung ke 33 Terima kasih.
Yang Menjalankan Tugas,
ZAMREE BIN BAKAR
Setiausaha Agung ALEPS
Sesi 2020/2022