
Assalamualaikum & Salam Ramadhan
ALEPS ingin mengucapkan “Selamat Berpuasa” dan menjalankan amal ibadah dengan sebaik mungkin kepada semua.
Semoga semuanya berada didalam keadaan tenang dan sehat sejahtera dalam menjalani ibadah puasa kali ini. Bersempena dengan Ramadhan kali ini, seperti tahun-tahun sudah, ALEPS akan menganjurkan “Majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat“, yang akan diadakan ditempat dan masa seperti dibawah: Tarikh : 28hb Julai 2012 (Sabtu) Masa : 6 petang ~ Tempat : Surau Wildan, Subang Perdana, Subang, Selangor Secara ringkasnya program pada hari tersebut adalah seperti berikut : 6:30pm : tazkirah oleh ustaz 7:35pm : berbuka puasa – solat maghrib 8:46pm : solat ishak –> taraweh –> sembang-sembang sambil minum teh Kehadiran semua ahli adalah sangat-sangat dialukan. Ahli keluarga juga boleh turut serta. Terima kasih