Email: admin@aleps.org

Call: +603 27277944

Majlis Berbuka Puasa ALEPS 2011

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah kerana pada 21/Aug/2011 (Ahad), Majlis berbuka puasa ALEPS 2011 telah selamat diadakan bertempat di Surau Wildan, Subang Perdana.

Majlis dimulakan dengan slot tazkirah dikendalikan oleh Ustaz Fauza. Beliau telah membicarakan mengenai “10 Hari Terakhir Ramadhan” yang mesti direbut oleh kita semua dengan bersungguh-sungguh.

Beliau juga telah memperincikan ciri-ciri (4 ciri utama) golongan yang disebut sebagai orang bertaqwa. Semoga segala nasihat dan ilmu yang disampaikan oleh ustaz dapat kita semua amalkan insyaAllah.

Terima kasih kepada semua warga Khairiah Surau Wildan kerana bergotong royong menyediakan juadah berbuka puasa, kuih muih, bubur, pengat pisang, kari kambing dan pelbagai masakan lain.

Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli Aleps yang hadir.

Other Topics

Announcements

Ohayou Gozaimasu SPM Leavers!

Ohayou Gozaimasu SPM 2021 Leavers! Anda kini boleh melihat senarai berikut untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun. ALEPS telah menyiapkan senarai Institusi-institusi yang

Read More »

Share

Leave a Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top