Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah kerana pada 21/Aug/2011 (Ahad), Majlis berbuka puasa ALEPS 2011 telah selamat diadakan bertempat di Surau Wildan, Subang Perdana.

Majlis dimulakan dengan slot tazkirah dikendalikan oleh Ustaz Fauza. Beliau telah membicarakan mengenai “10 Hari Terakhir Ramadhan” yang mesti direbut oleh kita semua dengan bersungguh-sungguh.


Beliau juga telah memperincikan ciri-ciri (4 ciri utama) golongan yang disebut sebagai orang bertaqwa. Semoga segala nasihat dan ilmu yang disampaikan oleh ustaz dapat kita semua amalkan insyaAllah.
Terima kasih kepada semua warga Khairiah Surau Wildan kerana bergotong royong menyediakan juadah berbuka puasa, kuih muih, bubur, pengat pisang, kari kambing dan pelbagai masakan lain.
Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli Aleps yang hadir.


