Satu majlis makan malam (Gala Dinner) akan diadakan pada 12 Disember depan bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dari jam 8 malam. Majlis ini adalah acara kemuncak dalam sambutan 30 Tahun Dasar Pandang ke Timur.
ALEPS terlibat dalam penganjuran majlis tersebut dan ingin menjemput ahli ALEPS untuk memeriahkan lagi acara pada malam itu.
Borang penyertaan boleh didapati di sini dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2012.
Penjualan meja juga dibuka kepada ahli-ahli yang berminat, dengan bayaran minimum sebanyak RM4,000 untuk enam (6) tempat. Sila hubungi Sekretariat ALEPS di admin@aleps.org atau 03 2727 3355 untuk maklumat lanjut.