Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the astra-addon domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/alepsorg/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
Program ‘WA’ ALEPS - Bantuan Covid19 | Alumni Look East Policy

Email: admin@aleps.org

Call: +603 27277944

Program ‘WA’ ALEPS - Bantuan Covid-19

Sekian lama, kita sebagai persatuan berpegang bahawa misi atau asas kepada perjuangan persatuan adalah ‘giving back’, dan harapannya adalah supaya kita semua sebagai ahli turut serta dalam program-program ALEPS untuk tujuan ini.

Difficult times call for different measures and at times kita kena adjust sikit approach kita. Barisan exco menginsafi bahawa ketika ini, ada dikalangan ahli yang mengalami kesulitan dan menghadapi kesukaran dalam menjalani kelangsungan kehidupan, samada kelihangan punca pendapatan, pekerjaan dan sebagainya. Untuk itu, kali ini, biarlah persatuan yang memberi kepada ahli yang memerlukan.

Atas dasar ‘wa’ atau harmoni, terutama dalam menjaga kebajikan dikalangan ahli-ahli ALEPS, kami mengumumkan 2 program khas, iaitu:

1) ALEPS Member Support Aid:
Bagi ahli yang mengalami kesulitan dan memerlukan bantuan kewangan, sebanyak RM100 secara one off. No questions asked, jika anda memerlukan, please get in touch with us.

Untuk memohon, sila isikan maklumat di bawah:

Nama Penuh:
No. Kad Pengenalan:
Lokasi tempat tinggal (Daerah/Negeri)
Tahun di Jepun:
Tempat Pengajian di Jepun:
Nama bank dan no. akaun:

dan hantarkan melalui Whatsapp kepada:
Zulfiqar Zainuddin, +60122136771

2) ALEPS Job Matching Drive:
Bagi ahli yang mencari pekerjaan, ALEPS akan cuba memudahcarakan perbincangan bersama rakan-rakan strategik serta syarikat yang mencari tenaga kerja dari kalangan graduan Jepun.

Bagi yang memerlukan bantuan peluang pekerjaan, boleh berhubung dengan mana-mana exco ALEPS.

Program ‘WA’ ALEPS ini akan dilaksanakan selama 2 minggu dari 4-18 Julai, 2020, dan akan dilihat samada masih ada keperluan untuk diteruskan.

ALEPS akan memastikan maklumat yang diterima dari pemohon tidak akan disebarkan dan disimpan untuk makluman serta rujukan
exco sahaja. Untuk pencerahan lanjut, boleh juga menghubungi mana-mana exco ALEPS.

Kita cuba bantu apa yang boleh. Tolong sampaikan mesej serta maklumat bantuan ini kepada rakan-rakan ahli ALEPS. Insha Allah, kita jaga kita dan sama-sama kita doakan supaya diberikan kekuatan untuk menghadapi masa sukar ini dengan tenang dan selamat.

Terima kasih.

ZULFIQAR ZAINUDDIN
Presiden, ALEPS

Share Kepada Rakan-Rakan Anda

Borang Permohonan COVID-19

Scroll to Top