KETIKA ALAM BERBICARA …
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pertamanya, ALEPS dan kepimpinan merakamkan salam takziah kepada semua mangsa banjir, terutama kepada ahli ALEPS dan keluarga, tidak kira di mana sahaja tuan-puan berada pada waktu ini.
Mudahan kita sama-sama dapat mengharungi musibah ini dengan sabar dan redha. Dan, di balik kesabaran dan keredhaan ini, Allah membalasnya dengan kebaikan lain, menghapus dosa-dosa kita dan mengangkat darjat kita semua.
Surah Az-Zumar ayat 10:
…..إِنَّمَا يُوَفَّى الصّٰبِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ
“…..sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar sahaja akan disempurnakan pahala mereka.”
Kedua, difahamkan terdapat di kalangan ahli ALEPS yang kediamannya terjejas oleh bencana banjir kali ini. Sehubungan dengan itu, ALEPS ingin memohon jasa baik semua untuk menulis nama dan nombor perhubungan sekiranya tuan-puan adalah mangsa yang kediamannya terjejas dengan bencana alam ini.
Atau, kerana masalah akses perhubungan mangsa yang terhad, mungkin tuan-puan/kenalan yang mengetahuinya memasukkan nama mangsa bagi pihak mereka.
Ketiga, dengan kapasiti ALEPS yang terhad, kita sedang mengusahakan sedikit bantuan bagi meringankan beban ahli yang terkesan.
Pada kesempatan yang sama, ALEPS ingin membuka peluang kepada seluruh ahli untuk sama-sama menyumbang kepada Tabung Bencana Banjir ALEPS. Dana yang terkumpul akan diagihkan sepenuhnya kepada mereka yang terkesan. Maklumat bank boleh dirujuk pada poster
Akhir sekali, ALEPS mendoakan semoga bencana alam ini segera berlalu, dan mangsa-mangsa dibalasi dengan satu gantian yang lebih baik.
Di waktu yang sama, sayugia mengingatkan ahli-ahli yang tidak terlibat supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan cakna dengan sebarang perkembangan cuaca semasa.
Sekian, terima kasih.
Presiden ALEPS.