Sebuah bengkel akan diadakan di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya pada 17 Disember 2011.

Bengkel ini adalah salah satu aktiviti bersempena ulangtahun ke 30 Dasar Pandang ke Timur yang akan disambut pada tahun hadapan.

YM Professor DiRaja Ungku Aziz akan memberi ucaptama pada sebelah pagi dan bengkel akan bermula di sebelah petang, di mana peserta dapat berbincang  dan bertukar pendapat tentang dasar tersebut.

Kedatangan ahli ALEPS adalah dialu-alukan untuk menjayakan acara ini.  Untuk pertanyaan atau pengesahan kehadiran, sila hubungi sekretariat bengkel di alamat berikut:

Sekretariat
Bengkel DPT 30
Ambang Asuhan Jepun
Pusat Asasi Sains
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur

Tel: 03-79675163 Faks: 03-79675873
E-mel: dpt_30@hotmail.com

Maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui:

Laman web: Sambutan 30 Tahun Dasar Pandang ke Timur
Facebook: Sambutan 30 Tahun DPT 

Alex Cappa Authentic Jersey