Alhamdulillah dengan izinNya Majlis Iftar bersama ahli ALEPS telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan baik semalam di Laman Kayangan, Shah Alam.

Gembira rasanya dapat berjumpa rakan-rakan satu batch dan junior-junior yang baru tamat belajar,
di mana terasa tenaga, kesegaran, cita-cita dan aspirasi dalam kisah masing-masing.

Malah, peluang dapat bersua muka dengan senior-senior yang berkongsi pengalaman hidup dan perjalanan kerjaya, banyak memberikan inspirasi dan pedoman.
Hebat dan gemilang senpai-senpai ALEPS ini, mungkin saya dan golongan yang baru tamat belajar ini kurang terdedah dengan kisah kejayaan produk-produk hasil Dasar Pandang ke Timur.
Ternyata sedikit sebanyak ianya memberi rasa kebanggaan dan meningkatkan keyakinan diri.

Memetik kata Tuan Presiden, kita mahu semua ahli ada rasa ’Sense of Belonging’ terhadap ALEPS.
Bukannya alumni untuk orang lain, untuk kita sendiri juga. 🙂

Bulan September nanti, insyaAllah ade sesi brainstorming untuk semua ahli memberi idea dan pendapat bagi membincangkan hala tuju, peranan dan keutamaan, program-program yang dianjurkan, kekurangan dan pembaikan ALEPS.

Marilah kita sama-sama terlibat dan jayakan, supaya ALEPS dapat menjadi satu platform untuk berbakti kepada masyarakat Malaysia dengan lebih berjaya, InsyaAllah.