Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung ALEPS ke-29 akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh : 20 Mei 2017 ( Sabtu )
Masa : 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat : Bilik ADK1, Ambang Asuhan Jepun ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Aturcara : 2.00 – 2. 30 Pendaftaran Mesyuarat Agung
2.31 – 4.30 Mesyuarat Agung
4.31 – 5.00 Lucky Draw, Minum Petang & Bersurai

Sehubungan dengan ini, semua ahli ALEPS adalah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung pada tahun ini, semuga majlis tahun ini dapat merapat dan mengeratkan lagi hubungan sesama ahli.
Disertakan borang usul untuk perhatian ahli semua. Sebarang usul bertulis yang ingin dibawa ke Mesyuarat Agung kali ini hendaklah sampai ke sekreteriat ALEPS selewat-lewatnya pada 10 Mei 2017.

Kerjasama Dato’ / Datin / Tuan / Puan menghadiri mesyuarat ini amat diharapkan untuk menjayakan perjalanan Mesyuarat Agung ke 29 ini. Terima kasih.